29 April 2011

perpisahan itu pasti

Allah ada berfirman
"setiap yang hidup pasti akan mati"

propaganda

kenapa pulak aku sebut pasal mati ni? ceewah~
hari kames lepas bersamaan 28 april 2011 maka berkahirlah tugas aku sebagai guru praktikum
pengalaman yang dikutip selama 3bulan di SK Beladau Kolam
sekolah cemerlang terengganu
walaupun aktibiti sekolah ada sepanjang minggu
tapi kelebihan tak pernah dapat kelas relief, jadual kelas yang minimum membuatkkan otak benak aku boring
boring kerana kelapangan, lappy aku jahanam sepanjang tempoh praktikum membuatkan rutin wajibku setiap pagi adalah TIDO..tido dalam iman.ngeeee

sedih

walaupun pengalaman lebih dari dua sekolah aku praktikum
tapi kali ini aku betol2 ada rase sedih dah berambus keluar
bukan tak pernah budak nanges masa aku bagi last speech
bukan tak pernah budak peluk aku masam2 takmau bagi kua
bukan tak pernah budak follow aku sampai bilik guru
tapi kali ini betol2 spesel..mungkin aku dah bersama mereka 3bulan
masa yang lama untuk aku tengok murid2 aku berkembang
janggut pun dah boleh 3kali cukur pon..lol
ada surat yang macam2 dari pelajar
"ustak suka cite hantu"
"ustaz bekeng, kuat bahang orang, tapi baik"
"saya sayang ustak'
"tolonglah tinggal sini sebulan lagi, kami janji belajar rajin2"
"ustak suka pukul orang, nebeng kuak"
walaupun loghat Ganu kuat, tapi aku tetap faham..senyum

diam~

namun tahun ni lain sedikit
fatihah pelajar tahun 2A yang aku ajar
pelajar yang rapat dengan aku minggu terakhir peperiksaan
budak yang pandai dan comel.ahaa
masa aku bagi last speech..budak ni dah "banjir" pon
hati sape tak sebak beb
muka je legend, hati cute bak kate jambu
lepas tu aku salam semua budak and keluar ke bilik guru
tengahari tu aku masuk lagi, still banjir lagi
walaupun pelajar lain pon ramai yang nages, tapi budak ni yang paling bengkak mata die
try pujuk tak makan, coki-coki takde baii
masa sebelum balik beratur sampai giliran die, lagi meleleh die..
pantang tengok muka aku..aduuu..
nak pujuk punye pujuk, aku bagi gambar aku yang tak bape ensem
tak boley bagi no tepon..susah pada masa hadapan..kataku dalam hati..hehe
lepas tu aku tak tahu dah ape jadi..satu hari nnti ustak akan datang bile korang dah bergaya berjaye=)
gudlak untuk anak-anak muridku..SK Beladau kolam~

26 April 2011

wierdest phenomena

tajuk je macam tak boleh bedah belah
sebenarnye aku nak bagitau perkara yang membuatkan mata aku berbulu-bulu bila melihat kepada:

1. mamat pakai earfon lagak macam dengar lagu disco skali keluarkan enset cuma jenis radio fm je
2. bawak laptop macam gempak kat cafe corner, sekali bukak microsoft office 2003 punye..lame baiii
3. kat dataran syahbandar nampak pompuan muka nampak puteh, tapi kat leher hitam berdaki..eeeeeiiiiii
4.mamat ensem pakai helmet Arai crank, kasut onitsuka tiger, moto honda GBO je.harga helmet+kasut=motor.haha
5. kat mydin, melalak kat karaoke tapi tak tutup pintu karaoke box..dengar teros mati nafsu nak shopping
6. pakai baju nirvana, seluar street cut, n topi ala-ala hip hop..haha. kecelaruan genre
7.kat batu rakit, bawak motor SS110 sport bagai nak pecah enjin, tapi pergi 70km/jam,,,pttuiiii
8.mamat ensem kua joging ngan awek, pakwe pakai nike air walk, seluar tree cutter, spek hitam, cap..tapi berjalan kaki je...bajet market dahh...haha
9. awek cun kat mydin pakai ketat sampai nampak lipatan badan kat belakang beliau..wekkk
10. makan ramai-ramai kat kfc wat macam opah ye punye..macam best!terbaik
11. pakai spek hitam Ray Ban expo waktu malam di pasaraya mydin..oh silaunyeee

ni merupakan sebahagian perkara yang aku penah lalui ketika berada dibumi terengganu ni..ada yang best, meluat, muntah kuning dan sebagainye,,,semuanya gara-gara nak tunjuk harga masing-masing..pening pon ada.

bayangan masa depan..

nabi SAW pernah bersabda yang berbunyi
"didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamanya, bukan dengan zaman kita"
kalau sekarang ragam budak darjah satu sudah kenal apa itu seks, tidak hairan 10tahun akan datang aku akan berdepan dengan soalan dan ragam pelajar yang tak masuk akal..
"cikgu, pil ketamin kalau kita campur dengan cocacola boleh jadi ubat demam tauu"
"cikgu, minah tahun dua ni suka tengok porno"
"cikgu cubit saya, saya gitau mama and saman cikgu"


situasi sebenar

kini cube tanye budak bape ringgit die bawak ke sekolah?
kalo kurang rm2 memang payah nak jumpe
seawal darjah tiga secara purata sudah memiliki akaun facebook sendiri
apetah lagi hanset, lebih canggih daripada cikgu
pemikiran pun sangat berbeza, pelajar bercium, keluar jari hantu, walaupun tidak tahu maksud dan tindakanya yang salah, tetapi dari mana datangnye ilmu tu?dari buku teks?lu pikirla sendiri...
TIDAK MUSTAHIL!!mati aku nak menampar budak-budak gini..
permudahkanla segala urusanku...amenn

24 April 2011

berakhir satu dan bermulanya semuanya~

"cikgu, banyaknye uban"
"cikgu dah kawen ke belom?"
"rambut cikgu panjangla..rock tu.."
"cikgu kembar ke ngan cikgu arip, nama same..tapi cikgu lagi emsem"aha..tau takpe kata hatiku('',)

persepsi anak murid

setelah hampir 3bulan menyarung pakaian sebagai penternak haiwan guru pelatih
mengerah keringat untuk membiasakan diri menjadi murabbi kelak
menempuh halangan dengan ragam pelajar yang pelbagai, menarik, pelik dan sedap-sedap aiskrim
"cikgu, die suka cikgu" anak murid aku darjah 1
"cikgu nak emak saya tak?" peristiwa SBE sewaktu di Sik Kedah dulu
kesilapan bagi no akaun telefon kepada pelajar sampai akak die yang telefon memalam bute
budak-budak bagi FB akak ye, sebagai umpan untuk aku bagi FB kat mereka
bermacam-macam asam garam yang ditelan untuk aku sebagai guru pelatih ni..
membelasah budak yang mempancitkan tayar cikgu praktikum, skali kaunseling

cikgu sebagai contoh tauladan

"cikgu!!dah besar saya nak jadi mat rempit" bangga melihat abangnye menjadi mat rempit kampung
"saya nak jadi macam cikgu"
"jadi Ustaz!macam cikgu jugak"aku ni ustaz ke?
tesenyum syukur tiap kali budak-budak mampu mengambil kita sebagai icon yang positif
sekurang-kurangnye kita ni dihati bebudak

sedih

pengalaman pertama menghebohkan tentang tamatnye tempoh praktikum dahulu membuatkan aku trauma untuk mengulanginya pada praktikum yang kedua dan ketiga
mau taknye, minggu terakhir praktikum pulak ada observe oleh pensyarah
budak-budak semua dah merajuk takmau belajar
yang paling power sempat tulis surat dan bagi kat lecture yang bertulis
"cikgu(pesyarah aku), tolong jangan bagi cikgu amer tukar sekolah..kami janji kami akan belajar betol. kami sayangkan cikg amer" pergh!!nak melelh air liur mata aku..
aku kencing budak-budak tu yang aku ditukarkan coz dak ni nakal..
hak-hak...akhirnye markah aku waktu itu dapatla B akibat kesengalan itu..aha

berakhir dan bermula

lepas ni takde dah praktikum
takde dah RPH panjang lebar,
takde dah 10waktu seminggu
takde dah wat mural
takde dah nak relax-relax

gitula yang aku dengar dari pengalaman guru sebenar alam perkahwinan  perguruan ini
saat yang akan aku lalui lepas ni adalah belajar dimaktab
kajian tindakan
laporan
makan
tido
makan
tido
exam~

cukup setahun taktau pulak kat mane aku dipostingkan
sarawak
sabah
pahang

*ya Allah, permudahkanla segala urusan hambaMu ini..." ameenn

16 April 2011

unthinkable

sekarang ni dah pukul 4pagi, mata aku terkebil-kebil lagi..
memikirkan lappy aku yang dalam bengkel
kajian tindakan aku yang tak tak bersiap sedia lagi
merenung jauh kesyiling..tembus sampai planet marikh.."agak-agak, alien kat sane cun tak"lol..
memikirkan nobita aku yang dirindui~
bukan ct nurhaliza, bukan maya karin, bukan yunnam hair care Yuna, dan bukan juga fernado torres..cis

pusing

masa ni la terkenangkan zaman silam lelame
keseronokkan zaman kekecik, remaja n dewasa
kalo kecik dulu dengan zaman memancingnye..berendam dalam paya..
suma tu aktiviti feveret punye
kene belasah dengan bapak aku tu toksah ceritala..zassss!!
jatuh beskal depan awek, pengsan jatuh pokok ciku,
balik dari sungai 4orang 1basikal akibat 1 lagi beskal kene curik..jauh kot?

remajanye aku

zaman remaja kat ibam dulu lagi power
tak tido malam merdeka, duduk kat hujung katil ngadap tapak lapang
nak tengok askar jepun shuffle kawad
main beta(debat) tak kira isu, beta sampai kalah
pernah tak tido dan hampir dibelasah senior sebab beta ngan afif..cilakak!
isunye sembang lebat or cakap lebat..hujjah die sembang di dalam hujan lebat.seri n aku hampir tertewas=)lol
pernah kejar babi sesat masuk sekolah, macam pasta.. eh, pesta
kat rompin lagi power,
panjat tangki air memalam bute,jadi hantu mengilai kaco mat rempit..ahaa
mandi kolam woodball(kene lempang sebagai hadiah), main pangap(daun terup) sampai pagi waktu SMA
kua pegi kubur pagi2 semata dengar cite ada kubur bercahaya..ce cite..ce cite..
dan pernah cube nak tangkap toyol kat asrama lelaki..haa


sekarang

tak samapai setahun aku akan graduate
jadi cikgu, jadi model, jadi tukang sebat, haha
macam-macam cerita ada, best, tak best, suam-suam kuku pon ada
suma cikgu punye cerita..wakaka
time to sleepppp..zzzz

12 April 2011

pagi yang menyayat hati~

minggu ni merupakan minggu pendidikan islam sekolah aku,
so setiap pagi akan ada aktiviti untuk budak-budak ni ha..
pagi semalam, ustazah-ustazah membuat aktiviti mengeja jawi..

nak dijadikan cerita

dalam ketakutan ramai-ramai pelajar "mengecil diri" untuk mengelakkan dari disoal di atas pentas,
aku terkejut sorang budak darjah 1 ni menangis kat tepi garage(merajuk)
soal punye soal, die nangis sebab ustazah tak panggil die pun..
die ni nak jawab kuiz sebenarnye..tapi ustazah tu tak nampak ye angkat tangan...lol
so aku nasihatkanla cube lagi besok, angkat tangan sambil jerit-jerit bile ustazah nak bagi soalan=)
so aku pun blah,

gempar lagi!!

aku tengok budak tadi takmau berganjak dari tempat die berdiri
die bak jawab jugak!!haha. aku garu kepala, bagus sungguh dak ni..
so, aku kua duit singget, aku suh ye eja bola dalam jawi..
"ba wau bo, lam alip la, bola" yea!!aku suh dak pengawas tepuk tangan..
pahtu budak tu suka hati masuk kelas..huhu
arini pulak, kuiz bahasa arab, aku tengok budak tu dah dapat naik pentas untuk jawab dan berjaya..lol

terpikir,

budaya pro-aktif budak tu buatkan aku malu
tak berani untuk kehadapan untuk bersuara
"cikgu, takkan nak amek air semayang kene berkaki ayam dari tandas?"
"saya bak wat program ni dan ni"
"saya nak handle untuk multimeldia dan seranta"
"saya nak pembaharuan itu dan ini"
"tengok cikgu tu, bla bla bla"
tapi semuanya di dalam hati aku je..
aku low profile beb..cikgu la katakan..
sampai bile nak ada pembaharuan gitu?

pikir...pikir....bulp..tdozzzZZZZzz
*berani kerana benar!!lol

02 April 2011

sesudah sekian lame

seudah sekian lamanye blog aku dipenuhi dengan sesawang kerana tidak pernah dijenguk-jenguk
tiada masa nak tulis ape-ape entry pon, bukan tak berkesempatan..tapi ketandusan idea..

diam..~

untuk mengharungi hidup sebagai pelajar dan pendidik pada masa yang sama membuatkan aku letih..
walaupun sudah masuk bulan kedua aku bertugas di sekolah kebangsaan Beladau Kolam, manir..
sekolah luar bandar cemerlang..tahun lepas no 2 terngganu, tahun sebelumnya johan belaka..
cemerlangkah sekolahnya?

terpikir..

indah khabar dari rupa
bagaikan tin kosong yang nyaring berbunyiknya..
kesian dengan tekanan guru-guru kat sekolah ni..
mahukan pelajar yang cemerlang, akan tetapi perasaan guru diabaikan..

diketuk dan ditukul setiap hari..

mungkin ini kehidupan aku selepas bergelar guru kelak?
atau mungkin menjadi lebih selesa?


tanggungjawab..~

tahun aku akan melepaskan dan menerima tanggungjawab
bakal melepaskan tanggungjawab sebagai pelajar
bakal melepaskan tanggungjawab sebagai guru praktikal
bakal melepaskan diri dengan kongkongan "pintu Pagar"
dan bakal menerima tanggungjawab sebagai ketua..


muhasabah..~

tanggal 30mei ini akan termenterai tanggungjawab sdn bhd aku dan beralih kepada fasa baru
semoga dengan pengorbanan kesulitan sekaran, Allah memberikan kemudahan dan hikmah kelak..

mungkin disini, dan mungkin di sana kelak~ ameeen..

*bermonolog dalaman