27 December 2011

angry bird versi real










sumber sini

12 July 2011

OMG!!

minggu ni adalah minggu intership aku
aku diletakkan di skolah pulau rusa atas masalah teknikel yg tak dapat dielakkan..
so hari ni sudah 3 hari aku disumbatkan disini

pagi yang hening

kepale tengah pening2 wat laporan thesis
mata dah kelabu je pandang laptop
jawi dah kejang2 menaip laporan

tiba-tiba aku terdengar bunyik bising kat tanga
wa..semak sungguh kepala aku ni
ada drama pulak budak nanges2

aku naikla kat tangga tu
tengok2 ada budak laki nanges
cikgu beleter kat audience sape yang tolak mamat ni..

tiba-tiba dengar ada sorang budak menyampok belakang tembok
perghhhh...menyirap darah wa..
wa sudah angin satu kepale, tangan genggam bak Muai tahi Chaiyya..
wa berjalan ala-ala mafia"eh, awat aku menyimpang jauh ni?"
aku cari budak tu...

cari punya cari aku jumpa beliau dok kat kelas..
sampai2 tanya n teros...
PANGKS...sedas aku bagi..
PANGKSSS..sedas lagi...
sambil memberi syarahan semasa sebagai peninsafan..
tiba2 aku toleh kat belakang..

OMGGGGG!!!!!

guru BeSAU kat belakang..
pergh...dengan membuat muka hensem, dok pandang siyes budak bersalah tu..
"budak ni salah, haha" detik dalam hatiku
naseb bek guru beso sokong aku, siap ucap trimas agi..ahaks (cutenye)
naseb bek tak kena band..dahla markah suma atas guru besar je..

*tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi

11 July 2011

tukar terminal

21 mac 2011 sudah genap umur aku 23 tahun
kenapa pula baru nak bermula perjalanan baru?
mati akal atau mati jasad sepanjang 23 tahun ni?

30 Mei 2011

"aku terima nikahnya dengan Nur 'Amirah binti Mohamad A'arif"
berbagai jalan yang aku lalui
berbagai halangan yang dah aku tempuh
kini, aku tak lagi keseorangan
seseorang yang menjadi pelengkap hidup
menjadi penyempurna agamaku
dia lah isteriku=)


"ya Allah, kekalkan hubungan kami hingga ke akhir hayat.." ameenn

23 May 2011

time is running out

aku takda masa dah!!kene cepatkan langkah!!jurus angin kus kus....wachaaaaaa!!!

22 May 2011

Selamat hari guru

“cikgu, kalau saya nak ikut cikgu balik rumah boleh tak?”
“ish, rumah cikgu semua lelaki tau!”
“takpela, cikgu kan ada. Kalau ibu izinkan boleh tak cikgu?”
Begitula sebahagian perbualan dengan seorang anak murid tahun 2A di Sekolah Beladau Kolam: Aini Batrisya..

Langkah kanan seorang murabbi

Setelah hampir sebulan meninggalkan sekolah ini, berbekalkan hati kering sahaja, seawall jam 7pagi kami bergerak dengan keadaan teragak-agak untuk kesekolah.
Nak pergi ke tidak
Nak pergi ke tidak
Asasnya pada jadual adalah hari guru, hakikatnya kami rindukan sekolah, dan anak murid..mana mungkin lupakan tempat yang bersejarah ni..
Tapi begitulah bestnye cikgu, orang tak jemput pon jadi macam artis masuk AF pon ada..
“Ostakkkkkkk(ustaz) amerrrrrr maghi!!!” sayup je degar
Kegirangan jelas terpancar kat muka semua budak-budak ni..menyelit bagi bebudak yang kecik2 tu nak tengok apa yang terjadi..

16mei 2011

Hari paling keramat untuk aku
Pertama kali menyambut hari guru sebagai guru, biasa duduk kat bawah tengok cikgu-cikgu nyanyii..
Sekarang aku pulak yang berdiri riak kat atas, tersengih sorang-sorang mengenang nasib diri(gilor ko apo?). menyanyi lagu guru Malaysia dengan lagu entah ape tah, aku yakin arep pon tak tahu lagu ni..haha
Lepas tu berjalan-jalan bersalam dengan anak murid, macam jumpa wartawan, tanye bebukan aje..gosip-gosip pon ada jugak..
Tetiba aku tengok ada budak perempuan nanges
Dengan jiwa cikgu yang ingin tahu aku pun pergilaaa
“ustak..jangan pergi kat die, nanti die nages lagi”aku degar suara budak gitaw
Apesal pulak nak nanges?bukan aku nak marah pon..so aku wat slumberla..sekali aku pergi dekat budak tu..aku tengok beliau adalah budak yang nanges masa aku nak “bersara” dulu
Terkesima
Aku baru je 5 minit datang, takkan dah nak nanges kot..lol

Indah~

sangat indah bila kita dihargai, 
walaupun dengan tarikkan baju tanda tidak merelakan..owh..
habis carik lengan baju dibuatnya..
walaupun dengan kata-kata "kami sayang ustaz dan selamat hari guru"
walaupun dengan bekal air botol sendiri kerana tidak ada apa yang hendak diberi
walaupun dengan sekuntum bunga yang dicurik kat taman bunga sekolah
semuanya untuk men

Mak aku pernah pesan” bia datang orang tak jemput, tapi pergi orang tak suruh”


Kepada cikgu-cikgu
Sekolah kebangsaan keratong 01
Sekolah menengah agama bukit ibam 2001-2002
Sekolah menengah agama rompin 2003-2005
Ipg Kampus dato razali ismail 2006-2011

Selamat hari guru 2011