30 January 2010

stori awal semester


sebelom dapat elaunn....

hari-hari call mak mintak sumbangan FAMA(father n Mather)
Free Smileys


kat kelas, pantang dengar bendahari mintak duit..sensitif
Free Smileys

bile lecture suruh buat tugasan..
Free Smileys

bile tahu elaun keluar lambat..

Free Smileys

hari2 makan meggi atau lauk semalam, nak save bajet
Free Smileys

bile perot meragam dalam kelas, muke caver ensem taknak ngaku tut..
tapi bile di tuduh.....
Free Smileys

bile dapat elaun...YIPPI!!
Free Smileys

*bile da duit igtlah org tersayang, etc: parent, mem, housemate, bendahari, ceti along..
*coz bile korang kering dworang ni yang korang akan rujuk
*so jangan joli ngat..lol


28 January 2010

oh lelaki!!!

sesudah lame tak melukis dan mewarne,
arini aku nak post benda yang baru aku buat..superhero Malaya
mane die heroin? heroin ye da kat umah tunggu hero ni balik la....hakhak2

semalam baru aku perbahaskan beza lelaki dengan perempuan dalam waktu PN
memang tak puas ati dowh coz lec nak fakta saintifik je..
of cos pom mmg cerdik n rajin dari biologikal
n laki pown cerdik tapi tak rajin..yeke??bill gates laki kot??ngeh2
tapi aku ada fakta berkaitan dgn agama,
baek pnyeeeee...Wachaaaaaaaaaa!!!!


Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

1.Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

4. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

5.Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

* Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1.Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

2.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

3.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

4.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

5.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

6. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

7.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

8.Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

9.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

10.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

11.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

12. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita …. ” Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “

*konklusi lelaki n wanita ada kelebihan dan kekurangan yang diciptakan oleh Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Bijaksana


17 January 2010

takder keje cari keje..




salam,
tahun lepas adela brader photographer dtg maktab ke maktab untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan
aku ni yang sengal tidak berminatla untuk membeli tetapi mem aku da gak yang beli gambor tuh
mahal siot dalam rm20 kot
yang paling tak bestnye design gambar ye simple sangat dan tak puas hati aku melihatnye
so, aku nekad amek gambar kat mem aku n scan(plagiat)haha
so aku edit dengan cara aku sendiri la
guna adobe ps cs3
sebab keboringan gat, aku pedajal la gak mem aku skali, hoho
ni gambor-gambornye...






ni plak gambar asal ye.so simply=(



*agak2 sape yang terkene mintak mahapla ek..lol
*klik gambar utk besawkan..

15 January 2010

keunggulan wanita



salam
arini aku nak post gambar aweks yang aku lukis
aku jarang bebenor nak lukis gambar pom, coz xdak imiginasi ngat tentang kaum hawa ni.ngak2

kriteria bakal isteri laks..lol

"jika kamu memilih wanita itu dalam 3 pilihan
a.kerana kecantikan
b.kerana keturunan
c.kerana agamanya
maka pilihlah yang C, nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat..insyAllah"

*muke xensem nak cari yang comey2?hoho
*"duit xda rm10000 xpyh pkir kawen agila.."ujar housemateku..hoho(betol ke?)

07 January 2010

gaya cikgu



wassup..salam alaikom. arini aku post lukisan yang aku baru wat.walopun housemate aku komplen aku lukis muke lonjong tapi nak wat macam mane, nampak cute kan?hahaha
lol


nape murid zaman sekarang degil tahap gaban kalu nak dibandingkan mase zaman dulu-dulu?
menurut kajian aku


1.pemakanan
minum susu macam2 jenama, tak bape kenal susu ibu dan ibunye..sbb terminum susu lembu liar, so jadila agak liar.hoh!


2. adat
skung kalo cikgu sebat, murid balik umah ngadu kat mak bapak, mak bapak lak yang sebat cikgu..
nak rotan leh guru besau je..tu pun tak masuk angin kat ketiak
#kalo aku dulu, kalo aku kene rotan ngadu plak kat mama aku..
"sob2, mak, cikgu sebat atan sebab lewat tadi"
"meh sini mama tgk, alo bucuk-bucukkkk... PAP!!!!!"
tambah calit, naik pangkat sarjan..haha


3.sayang harta kebendaan
walo tak semua, cikgu sayang nak mendenda takot kerna memikirkan kereta atau rumahnye "di denda" kembali seperti garis halus or cat mereh di halaman umah..ALonG pA nih!!!


4. enviromen yang kebaratan
budaya PUNK, REGGAE, HOP, SHUFFLE, MAT REMPIT(kebaratan ke??) and etc berkembang pesat, kalo zaman dlu pe ada, samseng kg. dusun je, tu pon team berbasikal je kot..hoho, still hormat ngann cikgu agi..


5. budaya 1Malaysia
ni la budaya satu malasysia, bile HUDUD diperlekehkan, PEMIMPIN tak tunjuk tauladan yang terbaik, jenayah berlelusasa, undang2 dipandang rendah.kes anak luar nikah, budak tendang cikgu.kes buli, gaduh, free show budak skolah..nak kene sebat sebab minum arak di khalayak orang pon lambat? tuan pnye body dah ngaku salah pown taknak sebat??nak kite suma tanggung dosa ke?masyaALLAH..Nauzubillah Min Zalik






*"sampaikan kepadaku walaupun satu ayat"
*so tak salah kalo kita tak berkelayakkan tetapi ada sedikit ilmu untuk dikongsi=)
tak perlu da hitam putih kowt..
*so cabaran aku nak jadi cikgu pahni gane ek??murid genius??hehe.2tahun agi weh!!
*gudlak untuk aku n bakal cikgu yang lain gak..aminn

hulk alo..



wargh!!!!gini ke gamaknye korang tengah marah ek?tak macho langsung kan.
agak pyah nak melukis sambil tengok cermin, nak usha body aku same tak dengan yang aku lukis.haha aku tipu tu..lol
nyway aku cube melukis hulk dengan keadaan yang sopan dan santun dengan menutup aurat, satu ciri-ciri yang baik kan??hehe
*sesungguhnya orang yang paling kuat dikalangan kamu adalah orang yang paling kuat menahan amarahnya..so korang pilih kuat yang maner??