04 May 2011

alasanku

Vroommmm….
Mengaum girang bunyi enjin kereta Subaru impreza wrx aku hidupkan
Hari masih kanak-kanak riang lagi, jam baru menunjukkan pukul 6.45 pagi..
Aku bernyanyi riang sambil membuka radio IKIM dot FM..lalala
“Masih muda lagi” seruku melihat jam tangan casio hadiah perkahwinanku  sambil menyanyi lagu papaku pulang dari kota..

“azizul, Cepat sikit bersiap tu!! Nanti papa lewat kesekolah ni..umi ajoi dah bersiap ke lom tu? Sekolah 129km dari rumah kita ni” bentakku dalam kereta
“ye abah, ajoi dah siap ni..umi tengah basuh pinggan kejap tu” jerit anakku azizul Hakim b Amyrudin..

“whaaattt? Nurul!!!! Cammonla ucuk, anje dah lewat nak ke sekolah ni..nurul pown..” balasku..
Aku menekan hon ala-ala orang hysteria di pagi buta ini..berang sungguh daku dalam doamu..eh, keretaku..

Setelah menunggu hampir 5 minit, barula isteriku keluar dalam keadaan tergesa-gesa dan masuk kedalam kereta..
“awat lambat ni? Tau tak kita dah lammmm” “PANGGG!!!!!!” tapak kasut bonea saiz 5 melekat di pipiku sebelum sempat aku habis berbicara dengan lebih lebar lagi..aku melekat ditingkap kereta..pipiku pedih, hatiku sayu, mataku berbulu..
“abe!! Ikut ati anje, anje cubitttttt kat kening sebelah kiri abe tau! Dah tahu masak megi malam tadi tak tahu nak basuh pinggan, gas tak tutup, makan berterabur, bla,bla,bla…pahtu nak sound anje plak ek..eiiii, beci taw..aww” hujah isteriku ala-ala berpidato dengan menunjukkan air muka seperti david bakom tercekik straw air..
“sowi anje, abang mabuk ngantuk waktu tu, lagipun lepas makan megi teros teringat bini abg kat tingkat tiga tido sorang-sorang..macam ussin bolt abang lari naik tangga, almaklumla, lift rumah kita rosakkan..” kataku dalam nada memujuk sambil membuka em pi trii lagi bunga-bunga cinta nyanyian Michael Jackson.

“abah, kalau umi dan abah asyik nak berdebat dari tadi, bia ajoi pergi sekolah naik Kawasaki ninja abah tu boleh? Ajoi pon dah lambat ni..” kata anakku mencelah
“cis!!ko baru darjah satu, mana boleh bawak, abah tak pasangkan lagi roda tiga pada motor tu..minggu depan abah cari ye..baru boleh bawak tau” kataku sambil mengerling ke arah anakku..
Pang!!!isteriku menempelengku, aku diam seribu bahasa….”baru je nak tanye bagaimana sekolah hari ini, ok ke?” kataku dalam hati sambil meluncur laju ke sekolah

Semasa meluncur laju mencilok kesesakan kotaraya kota baharu, sampailah di persimpangan kewajipan berhadapan dengan lampu isyarat.
Tiba-tiba kereta Datsun tonggek berhenti di sebelahku, dengan enjin turbonya di membakar aku..aku tengok ke dalam..
“cis, makcik cleaner sekolah aku!!” Aku ternoda oleh deruman enjin turbonya, darah mudaku hangat, “aku tidak akan kalah kepada makcik peah!!” bentak hati remajaku
 Aku menekan minyak kereta dengan kuat..lampu isyarat bertukar hijau, aku teros menekan minyak dengan sekuat hati..isteriku dan anak-anakku memakai tali pinggang keledar dengan kemas..VROOOOMMM…PrEEETTT….!ekzosku mengeluarkan suaranya..

Dengan kelajuan 280km/j aku memecut sejauh 100m dalam masa 0.2 saat sahaja..kali ini aku menang!!datson makcik peah tidak sempat masuk gear 1 lagi pon
Aku tersenyum ghairah...

Dengan menstabilkan kelajuan 200km/j aku memandu teros ke destinasi, tiba-tiba sekumpulan gajah sedang berlari-lari anak melintasi jalan dan aku tidak sempat berak brek…..~ pang!! Keretaku berlanggar dengan binatang tersebut.
 Gajah tersebut tercampak 200m kehadapan, aku keluar kereta..”tidak!!” no plat aku tertanggal satu huruf!!

Damn..

Aku hilang mood seketika, tiba-tiba..”abe!!!adu…come tu anje ASAP..sakit abe ni” jerit isteriku yang berada disebelahku
“awat anje? Kenapa dengan anje?”
“anje rase macam nak terbesalin je..” kata isteriku berirama merdu
“aik? Dah nak bersalin? Baru semalam kita firstime wat medical chekap…dok kata 9bulan baru boleh lahir” kataku..”abe, semalam kita cek doctor cakap kan dah 8bulan 29 hari kandungan  kita” jerit biniku
“aik?kejapnye rase,abe punye kandungan dah 5tahun steady je..”kataku dalam hati

Tanpa memikir panjang aku melihat orang disekeliling, memanggil-manggil kepada sesiapa yang sudi memberikan bantuan. Sempat juga menghantar sms kedalam kosmo dan harian metro untuk bantuan.

“Abang!tolong saya bang, pinjamkan kereta abang, saya nak hantar isteri saya ke hospital bang”sifat kebapaanku terserlah sambil menunjukkan isteriku yang sedang baring di kerusi belakang kereta..

Semua orang diam~

Aku naik hangin teros aku mengoyakkan bajuku dan membelasah semua orang yang ada disitu, tidak lupa juga yang berada di perhentian bas, shopping complez dan balai polis,semua aku belasah..marahlah katakan..

Tiba-tiba datang seorang perempuan dari belakang dan..PANG!!!!
Aku terus terjaga dari kerusi empuk dibilik kaunseling sekolah kebangsaan beladau kolam
“kenapa awak tido?” gertak guru besarku..
“errr…bini saya sakit cikgu”
“bila masa awak kawen? Praktikum pon tak habes lagi…”
“eh, yeke? Jadi mana ijoi? Mana bebi baru abah?” kataku terpinga-pinga sambil mengunyah smarties..
“dahla tido, mimpi bukan-bukan pulak tu” kata guru besar itu dengan garangnye.

Aku terus keluar untuk membasuh muka ke tandas..tiba-tiba” prenggg!!!” aku menoleh terlihat kelibat makcik peah..
”what????”jeng jeng jeng......

End~