13 December 2009

budaya SHiSHA


Shisha's, berasal di Timur Tengah. Paip air purba ini telah digunakan selama berabad-abad untuk bersantai ketika stress , sambil berehat dengan teman dan keluarga.

Dalam shisha, tembakau dipanaskan dengan arang. Asap tembakau akan melalui sebuah ruangan yang berisi air, yang menyejukkan asap sebelum disedut oleh si perokok. Tembakau sedia dalam banyak rasa eksotis seperti strawbery, chocolate, cappucino dll. lebih beraroma dan rasa sejuk. bak kata orang puting finger lickin good la..betol ke??lol

*ginila benda alah yang dipanggil shisha

aku gak pernah rase benda ni gak masa 2008 kot. sebagai nak wat produk percubaan je.hehe. rasanye takdela seberat rokok coz aku bukan perokok tapi pernah negngada gak cuba. beza memang berbeza. berbaloi-baloi bak kata emi search. haha, aku sudah termerepek lagi

nyway mula2 ngatkan benda tu takdela mengandungi pe2 bahan berbahaya seperti nakotin or pe2 yang berkaitan la sebab hisap pown xdela kasor(taktaw nak terang macam mane) macam rokok(for my impressionla). tapi da AWEKS bagi artikle tentang shisha ni, leh bca n nilaikan la. aku bkn orang bek pown nak bg ceramah, tapi sebagai perkongsian je..huhu

hukum n hujahnyee


Hukum menghisap shisha ini adalah sama dengan hukum merokok yang telah dibahaskan oleh para ulama’ secara panjang lebar dalam masalah merokok ini. Ini kerana perbezaan hanyalah kepada rupa tetapi kemudaratan yang dibawa menatijahkan hukum yang sama yang telah dipastikan oleh kajian perubatan pada hari ini.

Kajian yang telah dibuat berkenaan shisha menurut Dr, Husam dalam artikelnya di dalam web Islamonline menyatakan bahawa kesemua penggunaan shisha membawa kemudaratan kepada kesihatan sama ada menggunakan tembakau atau yang menggunakan bahan-bahan daripada buah-buahan yang telah dirawat dengan cara-cara tertentu.

Selain itu banyak kajian telah dilakukan seperti kajian yang telah dilakukan di Kuliah Pergigian di Universiti Al Azhar, kajian di Geneva 2001, kajian di Kuliah Kesihatan di Universiti Amerika di Beirut. Kemudaratan yang dinatijahkan oleh pengamalan shisha ini juga diperakui oleh Dr. Abdul Hakim Mahmud Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain, Dr. Toriq Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Ain Syams dan Dr. Maisah di Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain.

Setelah jelas bahawa kedudukan menghisap shisha adalah sama dengan merokok secara menggulung yang telah menjadi kebiasaan maka hukum shisha ini adalah sama dengan hukum golongan perokok biasa.


*nyway kekadang kite bkan leh thn dugaan pown, nk cube2 gak
*kalo da mase beringat tu bagusla, amek mase lain untuk pkir walopun wktu tu korang lupe..hehe
*tuk diri aku gak yg tak baik ngat ni.looo
*tq for AWEK as imformer too.lol

untuk rujukan lebih teliti leh rujuk
http://bicara4negara.wordpress.com/2007/03/26/syisya-satu-kajian/